//
PRINSIP KEBERSIHAN

PRINSIP KEBERSIHAN

a)KEBERSIHAN DIRI

Tabiat yang bersih dan penjagaan keberihan diri seharusnya diamalkan pada setiap masa. Beberapa perkara yang perlu dilakukkan bagi memastikan makanan sentiasa bersih dan selamat dimakan supaya tidak berlaku pencemaran. Antaranya ialah:

-elakkan daripada menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit seperti selsema atau ciri-birit.

-rambut hendaklah ditutup dengan skarf atau kep.

-tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan.

-pastikan memakai pakaian dan apron yang bersih.

-balut semua luka dengan pembalut kalis air.

b)MENYEDIAKAN MAKANAN

Perkara yang berikut perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan:

-alatan dapur perlu bersih sebelum dibersihkan

-tutup semua makanan supaya tidak dihinggap lalat.

-makanan sejuk beku perlu dinyahfroskan dengan sempurna dalam peti sejuk sebelum digunakan.

-gunakan keseluruhan porsi yang telah dinyahfroskan dan jangan menyimpan bakinya untuk disejukbekukan semula.

-semua sisa makanan perlulah dibungkus sebelum dibuang. Tong sampah perlu mempunyai penutup dan dibersihkan setiap hari.

c)MEMASAK MAKANAN

Penjagaan kebersihan dan keselamatan makanan perlu dijaga semasa memasak makanan

-pastikan alatan tidak retak atau sumbing dan dicuci dengan bersih.

-pastikan camca yang telah digunakan untuk merasa makanan dibersihkan sebelum digunakan.

-pastikan permukaan meja kerja sentiasa bersih.

-gunakan tuala yang khusus bagi mengelap tangan , pinggan makanan , dan meja. Jangan menggunakan tuala secara bercampur-aduk bagi kerja-kerja yang berlainan.

d)MENYIMPAN MAKANAN SEGAR

Perkara yang berikut harus dititikberatkan semasa menyaji makanan.

-makanan segar yang mudah rosak seperti ikan, daging, telur, sayur-sayuran, dan susu mestilah disimpan di dalam peti sejuk pada tempat yang bersesuaian dengan segera.

-semua makanan segar harus dibersihkan sebelum disimpan.

-makanan kering seperti beras, tepung, pasta, mihun, spageti, dan lain-lain hendaklah disimpan dalam keadaan kering.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: