//
PIRAMID MAKANAN

PIRAMID MAKANAN


Piramid makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan yang sihat. Pengambilan diet dipelbagaikan dengan kuantiti yang berpatutan kerana tiada satu pun makananyang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Piramid Makanan membahagikan jenis-jenis makanan kepada kumpulan berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya.

Rajah Piramid Makanan

Merujuk rajah piramid diatas, Aras 1 piramid makanan terdiri daripada kumpulan makanan karbohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga. Makanan ini juga membekalkan vitamin, garam mineral, pelawas, dan sedikit protein. Makanan daripada kumpulan ini perlu diambil sebanyak 8-12 hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk nasi, bubur, mihun, roti, pasta,bijirin, dan kentang.

Aras 2 piramid makanan terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini juga kaya dengan vitamin, garam mineral, dan pelawas. Pengambilan makanan kumpulan ini disyorkan lima hidangan dan dipelbagaikan.

Aras 3 piramid makanan mengandungi daging, ayam, ikan, kekacang, dan hasil tenusu. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B kompleks, ferum, zink, dan magnesium. Pengambilan makanan kumpulan ini disyorkan dua hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk daging yang rendah lemak, kacang soya, tempe, ikan, ayam, susu, dadih, dan keju.

Aras 4 piramid makanan terdiri daripada makanan yang kaya dengan lemak, minyak, dan gula serta perlu dimakan dalam kuantiti yang sangat sedikit.



Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: