//
DIET SEIMBANG DAN FAKTORNYA

DIET SEIMBANG

     Diet seimbang ialah pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN DIET

a)KEPERLUAN FISIOLOGI

Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung kepada keperluan fisiologi setiap individu seperti umur, jantina, saiz badan, aktiviti yang dijalankan , dan tahap kesihatan. Contohnya, kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien pembina tubuh kerana mereka sedang membesar.


b)PENDIDIKAN

Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Contohnya, setelah mempelajari jeni-jenis dan fungsi nutrien, kita akan memilih makanan yang seimbang.

c)PENDAPATAN KELUARGA

Pendapatan keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-masing. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan diet seimbang. Makanan mahal boleh digantikan dengan makanan yang lebih murah tetapi berkhasiat.

d)GEOGRAFI

Dari segi geografi, diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan insfranstruktur. Iklim Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan tempatan seperti beras, kelapa, dan pisang. Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Kemudahan insfranstruktur membolehkan sumber makanan diperoleh sepanjang masa.

e)AGAMA

Amalan pemakanan penganut agama yang berbeza akan mempengaruhi pemilihan diet seseorang. Kebanyakan agama mempunyai beberapa pantang larang. Agama Budha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging. Bagi penganut agama Islam pula diharamkan memakan daging babi dan meminum arak.




Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: